Wednesday, July 2, 2014

MGT3OO FIRST ASSIGNMENT

Assalamualaikum,

dah lama eya tak update blog, ok actually ni blog baru. kenapa buat blog baru? hehe, blog ni sebenarnya khas untuk assignment yang eya akan buat sebenarnya, malulah nak guna blog lama macam-macam rahsia eya simpan dalam tu. Bila eya baca balik blog lama tu, kelakar pun ada tapi semua tu kenangankan. bila dah lama tak update blog rasa kekok pula but its ok I try my best.*Ok,eya dah mula merapu.hahaha...


back to my to my topic (title). Hari ni eya nak cerita pengalaman eya pergi menunaikan umrah. alhamdulillah, berpeluang juga eya pergi umrah. kalau korang nak tahu, eya pergi umrah guna duit eya sendiri tau. Dari eya kecil sampailah eya besar, bila dapat duit raya je terus bagi mak suruh simpan kat tabung haji. "bak kata pepatah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". hehe. Eya pergi umrah tak silap eya time tu betul2 lepas birthday eya,(11.2.2013). baru juga lah.


perjalanan dari malaysia ke jeddah tak silap eya makan masa 8 hingga 9 jam la juga. sakit pinggang dibuatnya. Paling best sekali dapat makan sedap-sedap. Alhadulillah, eya sampai malam (10.30 p.m) waktu jeddah. Lepas tu eya naik bas pula, dari jeddah ke madinah makan masa 7 hingga 8 jam untuk sampai ke madinah *dugaan-dugaan. Tak sempat nak rehat sampai je madinah terus letak beg kat hotel lepas tu terus ke masjid nabawi untuk solat subuh. Bila eya masuk je masjid nabawi eya rasa tenang je dan eya terus tak sabar nak pergi makam Nabi Muhammad S.A.W.Dekat sana, eya tak sempat langsung nak rehat. Abah eya cakap "kalau kita nak rehat, bukan kat sini tempatnya. dekat sini kita buat ibadah je tak de masa nak tido lama2."


aktiviti di Madinah al-Munawwarah :-


Eya berkesempatan untuk pergi ke Raudah. Masa nak masuk ke Raudah kena ikut giliran, lama juga la tunggu dari pagi sampai tengah hari baru eya dapat masuk. Sementara tu, mutawwifah (orang yang bawa kita) sempat memberi tips bila berada di Raudah, sampai sekarang eya ingat tips yang dia bagi, sangatlah berguna tapi yang sedihnya eya masuk Raudah sekali je sebab tak sempat nak pergi banyak aktiviti lain.Hari yang seterusnya, pergi Bukit Pemanah di Jabal Uhud
dan malam tu eya mendaki Jabal Nur. Lama juga lah nak sampai tempat Rasulullah S.A.W. bersembunyi di Jabal Nur. Hari terakhir di madinah, eya pergi ke Bukit Magnet



Jabal Nur. Hari terakhir di madinah, eya pergi ke Bukit Magnet, Kilang membuat Al-Quran dan Masjid Quba'. Kalau korang nak tahu, Bukit Magnet ni sangatlah sejuk even matahari terik sekali pun. Dekat situ tak nampak lansung pokok2 atau rumput2, berpasir je kalau ada pun kecik je pokoknya. Masjid Quba' eya dapat solat dekat sana. Kilang membuat Al-Quran tu lelaki je boleh masuk perempuan tak boleh sebab takut pekerja dalam kilang tu tergoda pula,biasalah negara Islam kan, ketat sikit peraturannya.

aktiviti di Makkah al Mukarramah :-


Perjalanan dari Madinah ke Makkah ambil masa 7 hingga 8 jam. Sampai di mekah pagi tak silap. sampai je mekah eya terus masuk dalam masjid cari kaabah. Bila eya pandang je kaabah eya rasa hati dan fikiran tenang sangat. Then, eya terus ajak mak, abah dan adik pergi tawaf. dekat mekah kalau nak cerita macam2 pengalaman eya dapat, yang manis, yang pahit. Cerita yang manis dululah. Kenangan yang palingnya bila eya dapat solat berdekat dengan kaabah. masa solat je eya mesti pandang kabaah. Alhamdulillah, eya dapat pegang dan cium kaabah, eya dapat masuk dan solat kat dalam Hijir Ismail, dapat cium Hajarulaswad, dapat rasa makan ais krim kat mekah dan makan nasi arab dekat luar masjid.